Friday, December 14, 2012

Nota Bisnes: Pengurusan Kewangan TASKA


 
Nota Bisnes: Asas Pengurusan Kewangan TASKA
Pengurusan kewangan perniagaan melibatkan beberapa elemen penting:
· Membuat perancangan kewangan.
Melibatkan perancangan jangka pendek dan jangka panjang.Pelaburan jangka pendek membabitkan pengurusan aliran tunai dalam masa yang pendek bagi memastikan perniagaan mampu membiayai keperluan modal kerja. Manakala pelaburan jangka panjang merujuk kepada rancangan pelaburan modal dan mencari sumber pembiayaan alternatif.
· Mengurus aset perniagaan.
Aset perniagaan terdiri daripada aset semasa (wang tunai, stok dan penghutang) dan aset bukan semasa (aset tetap seperti tanah, bangunan, mesin, peralatan dan pelaburan jangka panjang). Kesemua asset ini perlu dibiayai, maka ia membabitkan modal kerja perniagaan.
· Membuat keputusan dalam pelaburan jangka panjang.
Perlu mengetahui teknik-teknik menilai pelaburan terhadap aset tetap (belanjawan modal). Pelaburan asset tetap merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan perniagaan kerana pelaburan ini menentukan kadar pengembangan perniagaan.
· Mengurus sumber pembiayaan perniagaan.
Perlu mengetahui bagaimana untuk membiayai keperluan kewangan perniagaan untuk membantu pengembangan perniagaan. Keputusan untuk membiayai perniagaan membabitkan pemilihan sumber pembiayaan samada menggunakan sumber pinjaman atau ekuiti, atau kedua-duanya sekali.
· Melabur lebihan wang bagi memperolehi pulangan yang menarik. Pemegangan wang tunai yang berlebihan dalam perniagaan tidak akan memberi pulangan kecuali jika lebihan wang tersebut dilaburkan. Pengusha perlu bijak membuat keputusan samada untuk melabur wang tersebut bagi meningkatkan pulangan pemegang saham.
 
 

.

 

Thursday, December 13, 2012

Tazkirah Jumaat:


Rasulullah saw. bersabda, “Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana burung-burung. Mereka keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Hakim)

Thursday, November 22, 2012

Tazkirah Jumaat (23/11/2012)


Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hambaNya selama belum tercabut nyawanya.” (HR. At-Tirmidzi).

Tuesday, November 20, 2012

Sepintas Lalu: Pengurusan Kewangan TASKA



Pengurusan wang setiap syarikat/taska tidak boleh dipandang remeh kerana cabaran hidup masa depan semakin sukar. Ianya bukan andaian fantasi tetapi merupakan fakta kehidupan yang realiti  tanpa perlu berhujah bermati-matian untuk membuktikannya. Lihat sahaja dalam perbezaan dalam persekitaran kehidupan kita antara 5 tahun lampau dengan masa kini. Banyak berbeza. Apakah yang ada rasakan? Sudah pasti, anda mendapati kos sara hidup sentiasa meningkat. Subsidi dari kerajaan semakin sedikit ekoran tuntutan yang semakin pelbagai. Kos pendidikan masa depan anak-anak kian mencabar dengan peningkatan beberapa kos utama.  Pengurusan taska yang cekap adalah banyak bergantung kepada kecairan wang yang mereka milik. Bagaimana kita menguruskan sumber dalam usaha kita untuk meningkatkan pendapatan kita, sedangkan kos semakin meningkat? Apakah pengurusan “cash flow”  kita dapat membantu meningkatkan daya saing taska/premis kita? Bagaimana kita hendak mewujudkan “win- win situation” bila kita berdepan dengan pelanggan kita?.....Jom kita sertai  Bicara Eksekutif : Pengurusan Kewangan TASKA pada 15hb Disember 2012...

Monday, November 19, 2012

Bicara Eksekutif: Pengurusan Kewangan TASKA

Gambar Bengkel Perancangan Menu & Keselamatan Makanan Kanak-Kanak

Ketua Fasilitator Puan Meriam Bidin sedang menyampaikan taklimat mengenai Perancangan Menu Kanak-Kanak

Latihan dan aktiviti perancangan menu bagi memastikan peserta dapat mempraktikkan segala ilmu di Taska masing-masing

Pembantu Ketua Fasilitator Puan Norzaima Abd Rahman juga turut menerangkan kepada para peserta mengenai kepentingan menu.




Puan Meriam Bidin tidak jemu-jemu untuk membantu para peserta dalam penyediaan menu yang betul

Persiapan untuk Demo Masakan Menu Kanak-Kanak

Senarai Peserta Bengkel Perancangan Menu & Kanak-Kanak





Tarikh:17hb November 2012
Tempat: Educare UIAM
BilNamaNo K/PAlamat/Taska
1Eka Bintanawati Muchtar770906-01-5956Taska Avicenna
2Ruzaidah binti Latif780603-05-5060Taska Permata Idaman
3Nor Shidatul Asma bt Nordin870130-06-5568Taska Permata Idaman
4Anira Mat Hassan790418-03-5200Taska Nur Dini
5Siti Fairuz Issahamiah881025-08-5518Taska Nur Dini
6Lisziana Bte Ismail892508-08-5238Taska Sha Nana
7Nor Syazwanie Syamimei Muktar920705-14-5560Taska Hadfina
8Siti Zaleha HussinIIUM Educare
9Raja Khalijah binti Raja Lop801027-14-5892NA
10TASKA UMITaska Umi
11TASKA UMITaska Umi
12TASKA UMITaska Umi
13TASKA WARISANTaska Warisan
14TASKA WARISANTaska Warisan
15Nor Lizam Mohd Yusof62006055478Taska Sri Mawar
16Taska NurhidayuTaska Nurhidayu
17Fairos binti Abd Rashid760427-08-5392Individu
18Mariam bt Mamat 700315-11-5046Taska HADA
19Fatimah Binti Mansor661218-08-6272NA
20Noor Azman bin Mazelan830212-03-5081NA
21Umi Yusra Binti Mohamad Yusof800405-02-5720NA
22

Thursday, November 8, 2012

Tazkirah Jumaat



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:
1. Pemimpin yang adil,
2. Orang muda yang sentiasa beribadat kepada Allah,
3. Orang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,
4. Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,
5. Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”,
6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
7. Seorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Monday, November 5, 2012

Kursus Pengurusan Kesihatan Kanak-Kanak (Taska/Tadika/Pusat Jagaan Harian)



Pengenalan
Cabaran mengendalikan taska/pusat jagaan kanak-kanak  begitu mencabar sekali. Pengetahuan pungurusan kesihatan   perlu berterusan demi menjamin kualiti kanak-kanak di bawah jagaan. Aspek keselamatan dan pemakanan juga perlu di beri perhatian. Antara jenis penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak ialah demam panas, batuk dan selsema, sakit perut dan sakit gigi.
 Objektif Program:
  • Memperkasakan ciri keselamatan taska/pusat jagaan
  • Mengenalpasti pasti idea-idea terbaru dalam pendidikan awal kanak-kanak
  • Meningkatkan kualiti taska/pusat jagaan.

Kursus 5: Bengkel Perancangan Menu Kanak-Kanak (Taska/Tadika/Pusat Jagaan Harian)



Sinopsis
Cabaran mengendalikan pusat jagaan atau tadika/taska untuk kanak-kanak begitu mencabar sekali. Globalisasi dan perubahan dalam era persaingan telah menjadikan pengurusan pusat jagaan tadika/taska sesuatu yang mencabar dan berorientasikan pasaran. Banyak elemen yang perlu di pandang serius dalam melahirkan kanak-kanak yang ampuh dan mempunyai jati diri yang tinggi. Selain aspek akademik yang penting, aspek pemakanan dan kesihatan juga dilihat sebagai pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak itu sendiri.
Kualiti makanan yang dihidangkan  perlu di beri perhatian khusus. Aspek pemakanan juga menjadi intipati kepada pengurusan premis. Bahkan, pengetahuan pemakanan kanak-kanak telah menjadi penyumbang terbaru dalam proses tumbesaran fizikal dan mental  kanak-kanak.
Objektif:
-         Memperkasakan pengetahuan bidang pemakanan
-         Memberi  pendedahan idea untuk peningkatan kualiti premis
-          Berkogsi amalan terbaik dalam penyediaan pemakanan
Kumpulan Sasaran
  • Pengusaha taska/pusat jagaan kanak-kanak/sekolah rendah     
  •   Ibubapa yang mempunyai anak-anak
  • Para remaja yang akan menempuh gerbang perkahwinan

Kursus 4: Pengurusan Dapur




PENGURUSAN DAPUR                                                             
Pengurusan dapur yang efisien dan berkesan tentunya akan menjamin kualiti atau produk makanan yang akan dihasilkan. Banyak kes-kes keracunan makanan adalah berpunca dari pengurusan dapur yang tidak cekap. Pengurusan dapur meliputi dua aspek terpenting iaitu proses penerimaan dan penyimpanan
 
Proses penerimaan:
 Kaedah atau tatacara penerimaan yang betul pastinya akan menyumbang kepada kualiti makanan yang dihasilkan. Kakitangan yang terlibat mestilah memastikan  barangan yang diterima didalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan.
 
Proses Penyimpanan:
 Pengurusan setor menjadi penting bila kita menyebut mengenai pengurusan dapur  yang cekap dan efisien. Kaedah FIFO mesti digunakan dalam menentukan penyimpanan barangan dan produk
 
Kandungan Kursus: -  Kaedah Penerimaan yang Efisien
                                 -  Prosedur Penyimpanan barangan/peralatan
                                 -  Kawalan Makhluk Perosak
 
 

Kursus 3: Pensijilan HALAL/JAKIM/JAIN




SINOPSIS
Tanda logo ‘HALAL’ merupakan satu tanda yang penting untuk mengesahkan bahawa makanan yang dihidangkan boleh dikategorikan sebagai ‘‘HALAL”.Proses penilaian pensijilan perlu dijalankan oleh pihak penilai iaitu JAKIM/JAIP/JAIN yang merupakan agensi yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam.

Dokumentasi dan prosedur pensijilan persediaan dalam proses mendapatkan pensijilan ini adalah bertujuan untuk memberi kaedah pensijilan ‘HALAL’ yang boleh dijadikan asas persediaan semua pengendali makanan untuk mendapatkan sijil HALAL.

SIJIL dan logo halal bukan sahaja memberi jaminan kepada masyarakat Islam bahawa sesuatu makanan atau produk itu halal mengikut syarak tetapi ia juga mempunyai implikasi besar kepada industri atau pengusaha yang mengeluarkannya. Aspek halal menjadi satu sistem kualiti dalam dunia perniagaan hari ini termasuk di peringkat global yang dapat menarik pelanggan Muslim dan bukan Muslim.

 Objektif

v  Menerangkan kepentingan produk makanan, minuman dan barangan gunaan halal untuk orang orang Islam.

v  Menerangkan proses penyediaan makanan secara halal

v  Memahami keperluan umum dan kaedah penilaian sebelum dianugerahkan pensijilan HALAL.

v  Memahami penilaian dokumentasi & premis makanan.

v  Memahami dan mematuhi keperluan Preparation, Handling and Storage of Halal Food
Kandungan Kursus

v  Pensijilan HALAL : Manual Prosedur Pensijilan HALAL JAKIM/JAIP/JAIN

v  Penilaian Dokumentasi HALAL JAKIM/JAIP/JAIN

v  Penilaian Premis Pensijilan: HALAL JAKIM/JAIP/JAIN

v  Keperluan MS 1500:2009 secara am.

 

Kursus 2: Menu Seimbang & Keselamatan Makanan


 

 MENU SEIMBANG DAN KESELAMATAN MAKANAN (KMS01)

 SINOPSIS

Cabaran mengendalikan kantin sekolah/taska/tadika begitu mencabar sekali. Globalisasi dan perubahan dalam era persaingan telah menjadikan pengurusan perkhidmatan makanan sesuatu yang mencabar dan berorientasikan pasaran. Banyak elemen yang perlu di pandang serius dalam melahirkan kanak-kanak/remaja yang ampuh dan mempunyai jati diri yang tinggi. Selain aspek akademik yang penting, aspek pemakanan dan kesihatan juga dilihat sebagai pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak/remaja itu sendiri.
Walaupun ini adalah satu perubahan yang baik, namun peningkatan kualiti pengurusan kantin atau premis makanan sering dipinggirkan. Banyak elemen terlibat yang perlu diberi perhatian serius. Bahan makanan yang berkualiti disamping menu seimbang adalah tiang utama kepada peningkatan kualiti premis. Pemilihan menu yang sesuai sering menjadi halagan terbesar.
Semoga kursus ini dapat membantu dalam pelaksanaan kualiti kehidupan yang sihat. Ilmu dan idea yang dikongsi dapat mempercepatkan proses transformasi kearah yang lebih baik.

Kursus 1: Sijil Latihan Pengendali Makanan


Sijil Latihan Pengendali Makanan (WAJIB) – (SLP01)
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan cara pengendalian makanan yang betul kepada   pengusaha/pengendali makanan. Melalui kursus ini juga meningkatkan mutu kebersihan makanan yang disediakan, mempelajari cara pencegahan pencemaran makanan dan keracunan makanan dan mengetahui akta perundangan makanan yang berkaitan.
Kementerian Kesihatan telah melaksanakan peraturan iaitu pengendali  premis makanan di Malaysia DIWAJIBKAN mengikuti kursus Pengendalian Makanan .
Siapa yang Patut Hadir:
v Pengusaha/Pekerja Gerai dan Restoren       v Pemilik Kilang/Pekerja Memproses Makanan IKS
v Pengusaha  dan Pekerja Taska/Tadika/Pusat Asuhan/Pusat JagaanPenceramah
Program/Pengiktirafan
Kursus ini akan dikendalikan oleh Penceramah/Pensyarah IPTA yang terlatih. Sijil akan dikeluarkan dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Peserta akan dianugerahkan sijil oleh Akademi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sijil ini diterimapakai di Seluruh Malaysia.