Friday, December 14, 2012

Nota Bisnes: Pengurusan Kewangan TASKA


 
Nota Bisnes: Asas Pengurusan Kewangan TASKA
Pengurusan kewangan perniagaan melibatkan beberapa elemen penting:
· Membuat perancangan kewangan.
Melibatkan perancangan jangka pendek dan jangka panjang.Pelaburan jangka pendek membabitkan pengurusan aliran tunai dalam masa yang pendek bagi memastikan perniagaan mampu membiayai keperluan modal kerja. Manakala pelaburan jangka panjang merujuk kepada rancangan pelaburan modal dan mencari sumber pembiayaan alternatif.
· Mengurus aset perniagaan.
Aset perniagaan terdiri daripada aset semasa (wang tunai, stok dan penghutang) dan aset bukan semasa (aset tetap seperti tanah, bangunan, mesin, peralatan dan pelaburan jangka panjang). Kesemua asset ini perlu dibiayai, maka ia membabitkan modal kerja perniagaan.
· Membuat keputusan dalam pelaburan jangka panjang.
Perlu mengetahui teknik-teknik menilai pelaburan terhadap aset tetap (belanjawan modal). Pelaburan asset tetap merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan perniagaan kerana pelaburan ini menentukan kadar pengembangan perniagaan.
· Mengurus sumber pembiayaan perniagaan.
Perlu mengetahui bagaimana untuk membiayai keperluan kewangan perniagaan untuk membantu pengembangan perniagaan. Keputusan untuk membiayai perniagaan membabitkan pemilihan sumber pembiayaan samada menggunakan sumber pinjaman atau ekuiti, atau kedua-duanya sekali.
· Melabur lebihan wang bagi memperolehi pulangan yang menarik. Pemegangan wang tunai yang berlebihan dalam perniagaan tidak akan memberi pulangan kecuali jika lebihan wang tersebut dilaburkan. Pengusha perlu bijak membuat keputusan samada untuk melabur wang tersebut bagi meningkatkan pulangan pemegang saham.
 
 

.

 

Thursday, December 13, 2012

Tazkirah Jumaat:


Rasulullah saw. bersabda, “Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana burung-burung. Mereka keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Hakim)