Sunday, December 16, 2012
Friday, December 14, 2012
Nota Bisnes: Pengurusan Kewangan TASKA
Nota Bisnes: Asas Pengurusan Kewangan TASKA
Pengurusan kewangan perniagaan
melibatkan beberapa elemen penting:
· Membuat perancangan kewangan.
Melibatkan perancangan jangka pendek dan jangka panjang.Pelaburan jangka pendek membabitkan
pengurusan aliran tunai dalam masa yang pendek bagi memastikan perniagaan mampu
membiayai keperluan modal kerja. Manakala pelaburan jangka panjang merujuk
kepada rancangan pelaburan modal dan mencari sumber pembiayaan alternatif.
· Mengurus aset perniagaan.
Aset perniagaan terdiri
daripada aset semasa (wang tunai, stok dan penghutang)
dan aset bukan semasa (aset tetap seperti tanah, bangunan,
mesin, peralatan dan pelaburan jangka panjang). Kesemua asset ini perlu
dibiayai, maka ia membabitkan modal kerja perniagaan.
· Membuat keputusan dalam pelaburan jangka panjang.
Perlu mengetahui
teknik-teknik menilai pelaburan terhadap aset tetap (belanjawan modal).
Pelaburan asset tetap merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan
perniagaan kerana pelaburan ini menentukan kadar pengembangan perniagaan.
· Mengurus sumber pembiayaan perniagaan.
Perlu mengetahui bagaimana
untuk membiayai keperluan kewangan perniagaan untuk membantu pengembangan
perniagaan. Keputusan untuk membiayai perniagaan membabitkan pemilihan sumber
pembiayaan samada menggunakan sumber pinjaman atau ekuiti, atau kedua-duanya
sekali.
· Melabur lebihan wang bagi memperolehi pulangan yang menarik. Pemegangan
wang tunai yang berlebihan dalam perniagaan tidak akan memberi pulangan kecuali
jika lebihan wang tersebut dilaburkan. Pengusha perlu bijak membuat keputusan
samada untuk melabur wang tersebut bagi meningkatkan pulangan pemegang saham.
.
Thursday, December 13, 2012
Tazkirah Jumaat:
Rasulullah saw. bersabda, “Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana burung-burung. Mereka keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Hakim)
Subscribe to:
Posts (Atom)