Sunday, December 16, 2012
Friday, December 14, 2012
Nota Bisnes: Pengurusan Kewangan TASKA
Nota Bisnes: Asas Pengurusan Kewangan TASKA
Pengurusan kewangan perniagaan
melibatkan beberapa elemen penting:
· Membuat perancangan kewangan.
Melibatkan perancangan jangka pendek dan jangka panjang.Pelaburan jangka pendek membabitkan
pengurusan aliran tunai dalam masa yang pendek bagi memastikan perniagaan mampu
membiayai keperluan modal kerja. Manakala pelaburan jangka panjang merujuk
kepada rancangan pelaburan modal dan mencari sumber pembiayaan alternatif.
· Mengurus aset perniagaan.
Aset perniagaan terdiri
daripada aset semasa (wang tunai, stok dan penghutang)
dan aset bukan semasa (aset tetap seperti tanah, bangunan,
mesin, peralatan dan pelaburan jangka panjang). Kesemua asset ini perlu
dibiayai, maka ia membabitkan modal kerja perniagaan.
· Membuat keputusan dalam pelaburan jangka panjang.
Perlu mengetahui
teknik-teknik menilai pelaburan terhadap aset tetap (belanjawan modal).
Pelaburan asset tetap merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan
perniagaan kerana pelaburan ini menentukan kadar pengembangan perniagaan.
· Mengurus sumber pembiayaan perniagaan.
Perlu mengetahui bagaimana
untuk membiayai keperluan kewangan perniagaan untuk membantu pengembangan
perniagaan. Keputusan untuk membiayai perniagaan membabitkan pemilihan sumber
pembiayaan samada menggunakan sumber pinjaman atau ekuiti, atau kedua-duanya
sekali.
· Melabur lebihan wang bagi memperolehi pulangan yang menarik. Pemegangan
wang tunai yang berlebihan dalam perniagaan tidak akan memberi pulangan kecuali
jika lebihan wang tersebut dilaburkan. Pengusha perlu bijak membuat keputusan
samada untuk melabur wang tersebut bagi meningkatkan pulangan pemegang saham.
.
Thursday, December 13, 2012
Tazkirah Jumaat:
Rasulullah saw. bersabda, “Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana burung-burung. Mereka keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Hakim)
Thursday, November 22, 2012
Tazkirah Jumaat (23/11/2012)
Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hambaNya selama belum tercabut nyawanya.” (HR. At-Tirmidzi).
Tuesday, November 20, 2012
Sepintas Lalu: Pengurusan Kewangan TASKA
Pengurusan wang setiap syarikat/taska tidak boleh dipandang remeh kerana cabaran hidup masa depan semakin sukar. Ianya bukan andaian fantasi tetapi merupakan fakta kehidupan yang realiti tanpa perlu berhujah bermati-matian untuk membuktikannya. Lihat sahaja dalam perbezaan dalam persekitaran kehidupan kita antara 5 tahun lampau dengan masa kini. Banyak berbeza. Apakah yang ada rasakan? Sudah pasti, anda mendapati kos sara hidup sentiasa meningkat. Subsidi dari kerajaan semakin sedikit ekoran tuntutan yang semakin pelbagai. Kos pendidikan masa depan anak-anak kian mencabar dengan peningkatan beberapa kos utama. Pengurusan taska yang cekap adalah banyak bergantung kepada kecairan wang yang mereka milik. Bagaimana kita menguruskan sumber dalam usaha kita untuk meningkatkan pendapatan kita, sedangkan kos semakin meningkat? Apakah pengurusan “cash flow” kita dapat membantu meningkatkan daya saing taska/premis kita? Bagaimana kita hendak mewujudkan “win- win situation” bila kita berdepan dengan pelanggan kita?.....Jom kita sertai Bicara Eksekutif : Pengurusan Kewangan TASKA pada 15hb Disember 2012...
Monday, November 19, 2012
Gambar Bengkel Perancangan Menu & Keselamatan Makanan Kanak-Kanak
Ketua Fasilitator Puan Meriam Bidin sedang menyampaikan taklimat mengenai Perancangan Menu Kanak-Kanak
Latihan dan aktiviti perancangan menu bagi memastikan peserta dapat mempraktikkan segala ilmu di Taska masing-masing
Pembantu Ketua Fasilitator Puan Norzaima Abd Rahman juga turut menerangkan kepada para peserta mengenai kepentingan menu.
Puan Meriam Bidin tidak jemu-jemu untuk membantu para peserta dalam penyediaan menu yang betul
Persiapan untuk Demo Masakan Menu Kanak-Kanak
Senarai Peserta Bengkel Perancangan Menu & Kanak-Kanak
Tarikh:17hb November 2012 Tempat: Educare UIAM | |||
Bil | Nama | No K/P | Alamat/Taska |
1 | Eka Bintanawati Muchtar | 770906-01-5956 | Taska Avicenna |
2 | Ruzaidah binti Latif | 780603-05-5060 | Taska Permata Idaman |
3 | Nor Shidatul Asma bt Nordin | 870130-06-5568 | Taska Permata Idaman |
4 | Anira Mat Hassan | 790418-03-5200 | Taska Nur Dini |
5 | Siti Fairuz Issahamiah | 881025-08-5518 | Taska Nur Dini |
6 | Lisziana Bte Ismail | 892508-08-5238 | Taska Sha Nana |
7 | Nor Syazwanie Syamimei Muktar | 920705-14-5560 | Taska Hadfina |
8 | Siti Zaleha Hussin | IIUM Educare | |
9 | Raja Khalijah binti Raja Lop | 801027-14-5892 | NA |
10 | TASKA UMI | Taska Umi | |
11 | TASKA UMI | Taska Umi | |
12 | TASKA UMI | Taska Umi | |
13 | TASKA WARISAN | Taska Warisan | |
14 | TASKA WARISAN | Taska Warisan | |
15 | Nor Lizam Mohd Yusof | 62006055478 | Taska Sri Mawar |
16 | Taska Nurhidayu | Taska Nurhidayu | |
17 | Fairos binti Abd Rashid | 760427-08-5392 | Individu |
18 | Mariam bt Mamat | 700315-11-5046 | Taska HADA |
19 | Fatimah Binti Mansor | 661218-08-6272 | NA |
20 | Noor Azman bin Mazelan | 830212-03-5081 | NA |
21 | Umi Yusra Binti Mohamad Yusof | 800405-02-5720 | NA |
22 |
Thursday, November 8, 2012
Tazkirah Jumaat
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:
1. Pemimpin yang adil,
2. Orang muda yang sentiasa beribadat kepada Allah,
3. Orang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,
4. Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,
5. Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”,
6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
7. Seorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Monday, November 5, 2012
Kursus Pengurusan Kesihatan Kanak-Kanak (Taska/Tadika/Pusat Jagaan Harian)
Pengenalan
Cabaran mengendalikan taska/pusat jagaan kanak-kanak begitu mencabar sekali. Pengetahuan pungurusan kesihatan perlu berterusan demi menjamin kualiti kanak-kanak di bawah jagaan. Aspek keselamatan dan pemakanan juga perlu di beri perhatian. Antara jenis penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak ialah demam panas, batuk dan selsema, sakit perut dan sakit gigi.
- Memperkasakan ciri keselamatan taska/pusat jagaan
- Mengenalpasti pasti idea-idea terbaru dalam pendidikan awal kanak-kanak
- Meningkatkan kualiti taska/pusat jagaan.
Kursus 5: Bengkel Perancangan Menu Kanak-Kanak (Taska/Tadika/Pusat Jagaan Harian)
Sinopsis
Cabaran mengendalikan pusat jagaan atau tadika/taska untuk kanak-kanak begitu mencabar sekali. Globalisasi dan perubahan dalam era persaingan telah menjadikan pengurusan pusat jagaan tadika/taska sesuatu yang mencabar dan berorientasikan pasaran. Banyak elemen yang perlu di pandang serius dalam melahirkan kanak-kanak yang ampuh dan mempunyai jati diri yang tinggi. Selain aspek akademik yang penting, aspek pemakanan dan kesihatan juga dilihat sebagai pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak itu sendiri.
Kualiti makanan yang dihidangkan perlu di beri perhatian khusus. Aspek pemakanan juga menjadi intipati kepada pengurusan premis. Bahkan, pengetahuan pemakanan kanak-kanak telah menjadi penyumbang terbaru dalam proses tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak.
Objektif:
- Memperkasakan pengetahuan bidang pemakanan
- Memberi pendedahan idea untuk peningkatan kualiti premis
- Berkogsi amalan terbaik dalam penyediaan pemakanan
Kumpulan Sasaran
- Pengusaha taska/pusat jagaan kanak-kanak/sekolah rendah
- Ibubapa yang mempunyai anak-anak
- Para remaja yang akan menempuh gerbang perkahwinan
Kursus 4: Pengurusan Dapur
PENGURUSAN DAPUR
Pengurusan
dapur yang efisien dan berkesan tentunya akan menjamin kualiti atau produk
makanan yang akan dihasilkan. Banyak kes-kes keracunan makanan adalah berpunca
dari pengurusan dapur yang tidak cekap. Pengurusan dapur meliputi dua aspek
terpenting iaitu proses penerimaan dan penyimpanan
Proses penerimaan:
Kaedah atau tatacara penerimaan yang betul pastinya akan menyumbang kepada kualiti makanan yang dihasilkan. Kakitangan yang terlibat mestilah memastikan barangan yang diterima didalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan.
Kaedah atau tatacara penerimaan yang betul pastinya akan menyumbang kepada kualiti makanan yang dihasilkan. Kakitangan yang terlibat mestilah memastikan barangan yang diterima didalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan.
Proses Penyimpanan:
Pengurusan setor menjadi penting bila kita menyebut mengenai pengurusan dapur yang cekap dan efisien. Kaedah FIFO mesti digunakan dalam menentukan penyimpanan barangan dan produk
Pengurusan setor menjadi penting bila kita menyebut mengenai pengurusan dapur yang cekap dan efisien. Kaedah FIFO mesti digunakan dalam menentukan penyimpanan barangan dan produk
Kandungan Kursus: -
Kaedah Penerimaan yang Efisien
- Prosedur Penyimpanan
barangan/peralatan
- Kawalan Makhluk Perosak
Kursus 3: Pensijilan HALAL/JAKIM/JAIN
SINOPSIS
Tanda logo ‘HALAL’ merupakan satu tanda yang penting untuk mengesahkan bahawa makanan yang dihidangkan boleh dikategorikan sebagai ‘‘HALAL”.Proses penilaian pensijilan perlu dijalankan oleh pihak penilai iaitu JAKIM/JAIP/JAIN yang merupakan agensi yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam.
Dokumentasi dan prosedur pensijilan persediaan dalam proses mendapatkan pensijilan ini adalah bertujuan untuk memberi kaedah pensijilan ‘HALAL’ yang boleh dijadikan asas persediaan semua pengendali makanan untuk mendapatkan sijil HALAL.
SIJIL dan logo halal bukan sahaja memberi jaminan kepada masyarakat Islam bahawa sesuatu makanan atau produk itu halal mengikut syarak tetapi ia juga mempunyai implikasi besar kepada industri atau pengusaha yang mengeluarkannya. Aspek halal menjadi satu sistem kualiti dalam dunia perniagaan hari ini termasuk di peringkat global yang dapat menarik pelanggan Muslim dan bukan Muslim.
v Menerangkan kepentingan produk
makanan, minuman dan barangan gunaan halal untuk orang orang Islam.
v Menerangkan proses penyediaan makanan
secara halal
v Memahami keperluan umum dan kaedah
penilaian sebelum dianugerahkan pensijilan HALAL.
v Memahami penilaian dokumentasi &
premis makanan.
v Memahami dan mematuhi keperluan
Preparation, Handling and Storage of Halal Food
Kandungan Kursus
v Pensijilan HALAL : Manual Prosedur
Pensijilan HALAL JAKIM/JAIP/JAIN
v Penilaian Dokumentasi HALAL
JAKIM/JAIP/JAIN
v Penilaian Premis Pensijilan: HALAL
JAKIM/JAIP/JAIN
v
Keperluan
MS 1500:2009 secara am.
Kursus 2: Menu Seimbang & Keselamatan Makanan
MENU SEIMBANG DAN KESELAMATAN MAKANAN (KMS01)
SINOPSIS
Cabaran
mengendalikan kantin sekolah/taska/tadika begitu mencabar sekali. Globalisasi dan perubahan dalam era persaingan telah
menjadikan pengurusan perkhidmatan makanan sesuatu yang mencabar dan berorientasikan
pasaran. Banyak elemen yang perlu di pandang serius dalam melahirkan
kanak-kanak/remaja yang ampuh dan mempunyai jati diri yang tinggi. Selain aspek
akademik yang penting, aspek pemakanan dan kesihatan juga dilihat sebagai
pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak/remaja itu sendiri.
Walaupun ini
adalah satu perubahan yang baik, namun peningkatan kualiti pengurusan kantin
atau premis makanan sering dipinggirkan. Banyak elemen terlibat yang perlu
diberi perhatian serius. Bahan makanan yang berkualiti disamping menu seimbang
adalah tiang utama kepada peningkatan kualiti premis. Pemilihan menu yang
sesuai sering menjadi halagan terbesar.
Semoga kursus
ini dapat membantu dalam pelaksanaan kualiti kehidupan yang sihat. Ilmu dan
idea yang dikongsi dapat mempercepatkan proses transformasi kearah yang lebih
baik.
Kursus 1: Sijil Latihan Pengendali Makanan
Sijil
Latihan Pengendali Makanan (WAJIB) – (SLP01)
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan
cara pengendalian makanan yang betul kepada
pengusaha/pengendali makanan.
Melalui kursus ini juga meningkatkan mutu kebersihan makanan yang disediakan,
mempelajari cara pencegahan pencemaran makanan dan keracunan makanan dan
mengetahui akta perundangan makanan yang berkaitan.
Kementerian Kesihatan telah melaksanakan
peraturan iaitu pengendali premis
makanan di Malaysia DIWAJIBKAN mengikuti kursus Pengendalian Makanan .
Siapa yang Patut Hadir:
v
Pengusaha/Pekerja Gerai dan Restoren v
Pemilik Kilang/Pekerja Memproses Makanan IKS
v
Pengusaha dan
Pekerja Taska/Tadika/Pusat Asuhan/Pusat JagaanPenceramah
Program/Pengiktirafan
Kursus ini akan dikendalikan oleh Penceramah/Pensyarah
IPTA yang terlatih. Sijil akan dikeluarkan dan diiktiraf oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia. Peserta akan dianugerahkan sijil oleh Akademi yang
diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sijil ini diterimapakai di
Seluruh Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)