MENU SEIMBANG DAN KESELAMATAN MAKANAN (KMS01)
SINOPSIS
Cabaran
mengendalikan kantin sekolah/taska/tadika begitu mencabar sekali. Globalisasi dan perubahan dalam era persaingan telah
menjadikan pengurusan perkhidmatan makanan sesuatu yang mencabar dan berorientasikan
pasaran. Banyak elemen yang perlu di pandang serius dalam melahirkan
kanak-kanak/remaja yang ampuh dan mempunyai jati diri yang tinggi. Selain aspek
akademik yang penting, aspek pemakanan dan kesihatan juga dilihat sebagai
pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak/remaja itu sendiri.
Walaupun ini
adalah satu perubahan yang baik, namun peningkatan kualiti pengurusan kantin
atau premis makanan sering dipinggirkan. Banyak elemen terlibat yang perlu
diberi perhatian serius. Bahan makanan yang berkualiti disamping menu seimbang
adalah tiang utama kepada peningkatan kualiti premis. Pemilihan menu yang
sesuai sering menjadi halagan terbesar.
Semoga kursus
ini dapat membantu dalam pelaksanaan kualiti kehidupan yang sihat. Ilmu dan
idea yang dikongsi dapat mempercepatkan proses transformasi kearah yang lebih
baik.
No comments:
Post a Comment