Monday, November 5, 2012

Kursus 2: Menu Seimbang & Keselamatan Makanan


 

 MENU SEIMBANG DAN KESELAMATAN MAKANAN (KMS01)

 SINOPSIS

Cabaran mengendalikan kantin sekolah/taska/tadika begitu mencabar sekali. Globalisasi dan perubahan dalam era persaingan telah menjadikan pengurusan perkhidmatan makanan sesuatu yang mencabar dan berorientasikan pasaran. Banyak elemen yang perlu di pandang serius dalam melahirkan kanak-kanak/remaja yang ampuh dan mempunyai jati diri yang tinggi. Selain aspek akademik yang penting, aspek pemakanan dan kesihatan juga dilihat sebagai pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak/remaja itu sendiri.
Walaupun ini adalah satu perubahan yang baik, namun peningkatan kualiti pengurusan kantin atau premis makanan sering dipinggirkan. Banyak elemen terlibat yang perlu diberi perhatian serius. Bahan makanan yang berkualiti disamping menu seimbang adalah tiang utama kepada peningkatan kualiti premis. Pemilihan menu yang sesuai sering menjadi halagan terbesar.
Semoga kursus ini dapat membantu dalam pelaksanaan kualiti kehidupan yang sihat. Ilmu dan idea yang dikongsi dapat mempercepatkan proses transformasi kearah yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment