Monday, November 5, 2012

Kursus 5: Bengkel Perancangan Menu Kanak-Kanak (Taska/Tadika/Pusat Jagaan Harian)



Sinopsis
Cabaran mengendalikan pusat jagaan atau tadika/taska untuk kanak-kanak begitu mencabar sekali. Globalisasi dan perubahan dalam era persaingan telah menjadikan pengurusan pusat jagaan tadika/taska sesuatu yang mencabar dan berorientasikan pasaran. Banyak elemen yang perlu di pandang serius dalam melahirkan kanak-kanak yang ampuh dan mempunyai jati diri yang tinggi. Selain aspek akademik yang penting, aspek pemakanan dan kesihatan juga dilihat sebagai pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak itu sendiri.
Kualiti makanan yang dihidangkan  perlu di beri perhatian khusus. Aspek pemakanan juga menjadi intipati kepada pengurusan premis. Bahkan, pengetahuan pemakanan kanak-kanak telah menjadi penyumbang terbaru dalam proses tumbesaran fizikal dan mental  kanak-kanak.
Objektif:
-         Memperkasakan pengetahuan bidang pemakanan
-         Memberi  pendedahan idea untuk peningkatan kualiti premis
-          Berkogsi amalan terbaik dalam penyediaan pemakanan
Kumpulan Sasaran
  • Pengusaha taska/pusat jagaan kanak-kanak/sekolah rendah     
  •   Ibubapa yang mempunyai anak-anak
  • Para remaja yang akan menempuh gerbang perkahwinan

No comments:

Post a Comment