Monday, November 5, 2012

Kursus 3: Pensijilan HALAL/JAKIM/JAIN




SINOPSIS
Tanda logo ‘HALAL’ merupakan satu tanda yang penting untuk mengesahkan bahawa makanan yang dihidangkan boleh dikategorikan sebagai ‘‘HALAL”.Proses penilaian pensijilan perlu dijalankan oleh pihak penilai iaitu JAKIM/JAIP/JAIN yang merupakan agensi yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam.

Dokumentasi dan prosedur pensijilan persediaan dalam proses mendapatkan pensijilan ini adalah bertujuan untuk memberi kaedah pensijilan ‘HALAL’ yang boleh dijadikan asas persediaan semua pengendali makanan untuk mendapatkan sijil HALAL.

SIJIL dan logo halal bukan sahaja memberi jaminan kepada masyarakat Islam bahawa sesuatu makanan atau produk itu halal mengikut syarak tetapi ia juga mempunyai implikasi besar kepada industri atau pengusaha yang mengeluarkannya. Aspek halal menjadi satu sistem kualiti dalam dunia perniagaan hari ini termasuk di peringkat global yang dapat menarik pelanggan Muslim dan bukan Muslim.

 Objektif

v  Menerangkan kepentingan produk makanan, minuman dan barangan gunaan halal untuk orang orang Islam.

v  Menerangkan proses penyediaan makanan secara halal

v  Memahami keperluan umum dan kaedah penilaian sebelum dianugerahkan pensijilan HALAL.

v  Memahami penilaian dokumentasi & premis makanan.

v  Memahami dan mematuhi keperluan Preparation, Handling and Storage of Halal Food
Kandungan Kursus

v  Pensijilan HALAL : Manual Prosedur Pensijilan HALAL JAKIM/JAIP/JAIN

v  Penilaian Dokumentasi HALAL JAKIM/JAIP/JAIN

v  Penilaian Premis Pensijilan: HALAL JAKIM/JAIP/JAIN

v  Keperluan MS 1500:2009 secara am.

 

No comments:

Post a Comment