Tuesday, November 20, 2012

Sepintas Lalu: Pengurusan Kewangan TASKA



Pengurusan wang setiap syarikat/taska tidak boleh dipandang remeh kerana cabaran hidup masa depan semakin sukar. Ianya bukan andaian fantasi tetapi merupakan fakta kehidupan yang realiti  tanpa perlu berhujah bermati-matian untuk membuktikannya. Lihat sahaja dalam perbezaan dalam persekitaran kehidupan kita antara 5 tahun lampau dengan masa kini. Banyak berbeza. Apakah yang ada rasakan? Sudah pasti, anda mendapati kos sara hidup sentiasa meningkat. Subsidi dari kerajaan semakin sedikit ekoran tuntutan yang semakin pelbagai. Kos pendidikan masa depan anak-anak kian mencabar dengan peningkatan beberapa kos utama.  Pengurusan taska yang cekap adalah banyak bergantung kepada kecairan wang yang mereka milik. Bagaimana kita menguruskan sumber dalam usaha kita untuk meningkatkan pendapatan kita, sedangkan kos semakin meningkat? Apakah pengurusan “cash flow”  kita dapat membantu meningkatkan daya saing taska/premis kita? Bagaimana kita hendak mewujudkan “win- win situation” bila kita berdepan dengan pelanggan kita?.....Jom kita sertai  Bicara Eksekutif : Pengurusan Kewangan TASKA pada 15hb Disember 2012...

No comments:

Post a Comment